22 maut nahas jalan raya di Guinea

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

CONAKRY - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lapan lagi cedera pada Ahad apabila bas mini yang membawa beberapa pelajar bertembung dengan sebuah trak di wilayah Kindia di barat Guinea.

Tragedi itu berlaku di jalan utama dari Conakry ke Kindia.

Trak berkenaan datang dari wilayah jiran Mamou Kindia, lapor Xinhua memetik kenyataan kerajaan peralihan Guinea.

"Perkhidmatan khusus telah digerakkan untuk membantu keluarga yang kehilangan manakala yang cedera dirawat di hospital wilayah Kindia," kata jurucakap kerajaan Ousmane Gaoual Diallo.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!