Impian tubuh negara Palestin berkecai

Tentera Israel mengasari seorang penduduk Palestin di Tebing Barat.
Tentera Israel mengasari seorang penduduk Palestin di Tebing Barat.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkata, harapan rakyat Palestin untuk memiliki negara sendiri sudah tertutup susulan kemenangan Benjamin Netanyahu pada pilihan raya Israel.

Netanyahu yang berdepan tiga kes tuduhan rasuah sebelum pilihan raya berlangsung mempertahankan jawatannya untuk penggal kelima.

Kira-kira seminggu sebelum pilihan raya, perdana menteri Israel itu berjanji untuk merampas kawasan penempatan Yahudi di wilayah Tebing Barat jika beliau dipilih semula.

Penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah yang dijajah Israel, ketika Perang Enam Hari 1967 dianggap haram oleh komuniti antarabangsa dan pembinaan kawasan itu dilihat sebagai halangan utama ke arah perdamaian.

Anggota jawatankuasa eksekutif PLO, Hanan Ashrawi berkata, jika langkah kontroversi itu dilaksanakan, ia dijangka memusnahkan penyelesaian dua negara.

Menurutnya, kemenangan Netanyahu membuktikan penduduk Israel sebulat suara mengundi 'tidak kepada keamanan'.

"Kami kesal kerana rakyat Israel mengundi untuk calon-calon yang mahu mengekalkan status qou.

"Mereka telah menyatakan tidak kepada keamanan dan ya kepada pencerobohan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Awal minggu ini, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas meluahkan harapannya agar pilihan raya umum Israel akan membantu membawa keamanan di rantau berkenaan.

Mahmoud tidak menyatakan sokongan kepada calon tertentu tetapi berharap agar kerajaan baharu Israel berusaha ke arah keamanan Palestin dan Israel serta untuk kepentingan dunia. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!