Usahawan wanita terkenal akan didakwa esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEPANG - Seorang ahli perniagaan wanita terkenal akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang.

Ia dipercayai berhubung satu video muzik sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kes akan bermula pada jam 9 pagi.

Ahli perniagaan berkenaan akan didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik warga maya selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati sambutan hari raya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!