Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mariana

Agong dan Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mariana. - Foto FB Istana Negara
Agong dan Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mariana. - Foto FB Istana Negara
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada Isnin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mariana Musa yang meninggal dunia pada Sabtu.

Mariana ialah anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut catatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!