Dua gergasi berentap slot kejuaraan tahap dua kelab Eropah
JAGOAN Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona akan berentap dalam play-off pusingan 16 terakhir Liga Europa.
Rekod pertemuan, Blaugrana pimpinan Xavi berdepan pemenang Liga Europa 2017 sebanyak dua kali pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2009 dan 2011, menang pada kedua-dua kali, manakala United tewas kedua-dua aksi suku akhir edisi 2018-19.
Manchester United kendalian Erik ten Hag terpaksa bertemu Barcelona pimpinan Xavi yang gagal meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara, selepas sekadar menjadi naib juara kumpulan di belakang sensasi La Liga, Real Sociedad.
Lapan naib juara kumpulan Liga Europa berdepan lapan pasukan tempat ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, dengan pemenang play-off dua perlawanan mara ke pusingan 16 terakhir kejuaraan tahap dua kelab Eropah tersebut.
Pemenang enam kali Sevilla akan berdepan kelab Eredivisie Belanda, PSV Eindhoven.
Jagoan Serie A Juventus pula berdepan kelab Ligue 1 Perancis, Nantes, manakala AS Roma dari Itali berdepan kelab Austria, RB Salzburg.
Untuk rekod, perlawanan pertama dijadualkan pada 16 Februari diikuti timbal balik kedua pada 23 Februari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!