Kantung Manchester City 'masyuk'

Guardiola meraikan kejayaan bersama penyokong The Citizens selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang Fulham di Stadium Etihad.- Foto AFP
Guardiola meraikan kejayaan bersama penyokong The Citizens selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang Fulham di Stadium Etihad.- Foto AFP
A
A
A

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mencatatkan pendapatan dan keuntungan tertinggi dalam sejarah kelab itu selepas musim 2021-22, umum kelab itu pada Isnin.

City kini berada di kedudukan jenama kedua paling bernilai bola sepak dunia menurut laporan terkini Brand Finance, mendahului pesaing tempatan Manchester United buat kali pertama.

Ia menjadikan City kelab Liga Perdana Inggeris ranking tertinggi, dengan hanya Real Madrid yang mempunyai jenama lebih berharga.

City mencatatkan hasil 613 juta pound - naik 43.2 juta pound dari tahun lalu - dan mencatatkan keuntungan 41.7 juta pound, sebahagiannya kehadiran semula para penyokong ke Stadium Etihad selepas perlawanan dimainkan tanpa peminat disebabkan sekatan Covid-19, kata kelab itu dalam laporan tahunannya.

"Apabila kita memikirkan 2021-22, saya melakukannya dengan komitmen semua keluarga City, yang membolehkan kami keluar daripada wabak dengan kewangan kukuh dan kejayaan.

"Kami gembira dengan pencapaian kolektif dan melihat masa depan dengan jangkaan lebih positif, mengetahui kelab kami komited untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan," kata pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak.

City menambah 67.7 juta keuntungan yang dijana daripada pemindahan pendaftaran pemain mengambil jumlah melebihi 250 juta pound dalam tempoh lima tahun lepas, dengan angka itu dijangka berkembang lebih jauh pada 2022-23.

"Prestasi hasil kami yang kukuh adalah disebabkan pelbagai faktor, tetapi akhirnya didorong gaya bola sepak yang kami mainkan dan pertumbuhan peminat yang berterusan.

Artikel Berkaitan:

"... Lebih ramai peminat, lebih ramai penonton, lebih ramai orang ke stadium dan akan lebih ramai rakan kongsi yang ingin dikaitkan secara komersial dengan Manchester City," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ferran Soriano.

Untuk rekod, skuad kendalian Pep Guardiola memenangi kejuaraan liga dengan kelebihan satu mata daripada Liverpool pada hari terakhir kempen yang mendebarkan musim lalu, selain mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!