PM tolak cadangan Muhyiddin dilantik MB Johor
“Parti yang menang (Pakatan Harapan) menamakan Menteri Besar bukan yang kalah...yang kalah duduk diam,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan menimbang cadangan UMNO Johor supaya Muhyidddin, yang berpengalaman sebagai Menteri Besar dan Timbalan Perdana Menteri memimpin kerajaan negeri itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin sedia bantu pentadbiran Johor
Ditanya mengenai kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam yang meminta pihak tertentu supaya hentikan campur tangan mengenai hal ehwal negeri itu, Dr Mahathir berkata, Johor merupakan sebahagian daripada Malaysia.
“Kecualilah kalau ia negara asing. Saya tak campur urusan dalaman negara asing, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Agro Malaysia (Maeps) Serdang hari ini.
Pada Selasa, Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor berkuat kuasa Isnin (8 April).
Osman, 67, Menteri Besar Johor ke-16 dipercayai Menteri Besar yang paling singkat perkhidmatannya, kurang daripada 11 bulan selepas mengangkat sumpahnya pada 12 Mei tahun lepas berikutan kemenangan PH pada PRU14.
Mengenai persaraan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum esok, Dr Mahathir berkata kerajaan sudah mempunyai calon untuk jawatan itu.
"Ya, kita akan beritahu nanti," katanya.
Malanjum, yang dilantik sebagai pegawai kehakiman di negara itu pada 11 Julai tahun lepas, akan mencapai umur persaraan mandatori
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!