Rayo buat Real gigit jari

Pemain Rayo meraikan kemenangan 3-2 ke atas Real dalam saingan La Liga pada Selasa. - Foto Agensi
Pemain Rayo meraikan kemenangan 3-2 ke atas Real dalam saingan La Liga pada Selasa. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Oscar Trejo membuatkan Real Madrid gigit jari apabila ledakan penaltinya membantu Rayo Vallecano menang 3-2 dalam aksi La Liga pada Selasa.

Kekalahan itu meletakkan Real di tangga kedua carta liga dengan 32 mata ketinggalan dua mata dengan pesaing, Barcelona selepas 13 perlawanan.

Ia juga merupakan kekalahan pertama buat skuad bimbingan Carlo Ancelotti pada musim ini.

Rayo mengejutkan Real menerusi gol seawal minit kelima.

Real kemudian mendahului dengan dua jaringan, namun Rayo menyamakan kedudukan sebelum berakhir babak pertama.

Rayo mengesahkan kemenangan hasil penalti diambil Oscar Trejo pada minit ke-67.

"Kami tewas kerana gagal menang pertarungan individu dan kami terlepas peluang yang biasanya dapat disempurnakan dengan baik," ujar Ancelotti.

Bermain tanpa pemenang Ballon d'Or yang cedera, Karim Benzema, Real Madrid berdepan saingan sengit di stadium dekat Vallecas.

Artikel Berkaitan:

Pada aksi itu, Santiago Comesana membuka tirai jaringan selepas lima minit perlawanan sebelum dua gol dalam tempoh empat minit menukar keadaan buat Real.

Luca Modric menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-37 sebelum gol Eder Militao meletakkan Real kembali di depan.

Bagaimanapun skrip belum berakhir apabila Rayo menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Alvaro Garcia.

Dalam pertembungan mendebarkan itu, penjaga gol Real, Thibaut Courtois menyelamatkan penalti Trejo pada minit ke-67 tetapi dipersalahkan kerana keluar lebih awal.

Trejo kemudiannya mengawal rasa gementar untuk menyempurnakan kembali sepakan itu.

Real selepas ini akan melayan kunjungan Cardiz pada awal pagi Jumaat, manakala Rayo pula akan menanti kedatangan Celta Vigo sebelum saingan liga domestik berehat bagi memberi laluan kepada Piala Dunia Qatar pertengahan bulan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!