PM sudah ada calon Ketua Hakim Negara

Richard Malanjum
Richard Malanjum
A
A
A

SERDANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mempunyai calon bagi menggantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang akan bersara esok.

Malanjum yang dilantik sebagai pegawai kehakiman pada 11 Julai tahun lepas, akan mencapai umur persaraan mandatori perlembagaan iaitu 66 tahun dan menghampiri tempoh enam bulan lanjutan perkhidmatannya.

"Ya, kita akan beritahu nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Agro Malaysia (Maeps) Serdang, hari ini.

Pelantikan Malanjum sebelum ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, pelantikan tersebut tidak menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara.

Berdasarkan perlembagaan negara, jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!