Dungun tersenarai dalam target PN mesti menang

Wan Hassan (tengah) ketika berarak untuk ke bangunan proses penamaan calon.
Wan Hassan (tengah) ketika berarak untuk ke bangunan proses penamaan calon.
A
A
A

DUNGUN - Peningkatan jumlah undi untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) bukanlah perkara utama perlu difokuskan ketika ini, tetapi yang paling penting untuk dicapai oleh Perikatan Nasional (PN) adalah kemenangan.

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, majoriti jumlah undi berbanding calon lain tidak perlu diberi fokus buat masa sekarang, tetapi matlamat utama adalah untuk menang sekaligus membentuk kerajaan di bawah PN.

"Utamanya kita tak bincang majoriti tetapi kemenangan. Kalau ada majoriti undi meningkat, itu adalah bonus sebab Dungun termasuk dalam senarai Pas mesti menang untuk membentuk kerajaan PN.

"Dungun menjadi target mesti menang di negeri ini selepas Marang dan Kuala Terengganu," katanya.

Ditanya mengenai keperluan mengetengahkan muka baharu kerana beliau sudah dicalonkan sebanyak tiga penggal, Wan Hassan berkata, gerak kerja lebih awal perlu dilakukan sekiranya hasrat itu dilaksanakan.

"Kalau ikutkan memang saya ingin menolak tetapi kita perlukan pelapis. Pelapis memang ada tetapi kita perlukan kerja lebih keras.

"Persediaan dana gerak kerja juga perlu dilakukan lebih awal," katanya.

Pada PRU14, Wan Hassan menang dengan majoriti 13,119 undi menewaskan BN dan Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!