Tragedi Itaewon: Pejabat ketua polis antara 55 lokasi serbuan

Pasukan penyiasat khas menyerbu pejabat ketua polis negara dan berpuluh-puluh pejabat lain pada Selasa. Foto Yonhap News
Pasukan penyiasat khas menyerbu pejabat ketua polis negara dan berpuluh-puluh pejabat lain pada Selasa. Foto Yonhap News
A
A
A

SEOUL - Pasukan penyiasat khas menyerbu pejabat ketua polis negara dan berpuluh-puluh pejabat lain pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung insiden rempuhan di Itaewon yang mengorbankan sekurang-kurangnya 156 nyawa.

Sebanyak 55 pejabat diserbu, termasuk pejabat Pesuruhjaya Agensi Polis Kebangsaan, Yoon Hee Keun dan ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul (SMPA) Kim Kwang Ho, lapor Agensi Berita Yonhap.

Lokasi lain termasuk pejabat pegawai kanan risikan dan pemantauan situasi SMPA, Balai Polis Yongsan; ketua pejabat Wad Yongsan, Park Hee-young, Ibu Pejabat Bomba & Bencana Metropolitan Seoul dan Balai Bomba Yongsan.

Ibu pejabat Seoul Metro dan Stesen Kereta Api Bawah Tanah Itaewon turut digeledah.

Pihak polis dan bomba serta pejabat Wad Yongsan, telah dikecam hebat ekoran pendedahan terdapat tanda amaran sebelum kemalangan maut pada 29 Oktober, tetapi mereka gagal bertindak balas tepat pada masanya.

Bekas ketua Balai Polis Yongsan Lee Im Jae, ketua pejabat Wad Yongsan Park Hee Young, dan dua lagi pegawai kanan polis dan bomba akan disoal siasat atas tuduhan kecuaian profesional sehingga mengakibatkan kematian orang ramai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!