Warga emas meninggal dunia ketika rawatan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pengkalan Teluk, Pasir Mas awal pagi Isnin meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

Dalam kemalangan pada jam 1.30 pagi itu, mangsa, Pang Sow Wen, 60, yang menunggang motosikal Modenas Kriss dipercayai terbabas seorang diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika itu mangsa dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang dari sebuah tapak projek di Pengkalan Telok.

"Warga emas itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Mangsa yang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas kemudian dilaporkan meninggal dunia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!