'Perak perlu wawasan jadi negeri maju' -Asmuni

Asmuni
Asmuni
A
A
A

IPOH - Pakatan Harapan (PH) bersedia mengemukakan idea dan pelan terbaik menerusi Bajet 2023 sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, sudah tiba masanya Perak menjadi negeri maju seiring dengan Selangor dan Pulau Pinang.

"Perak perlu mempunyai satu pasukan kepimpinan yang mempunyai hala tuju yang jelas, berwawasan serta komited untuk menerajui negeri ini bagi melonjakkan ekonomi dan taraf hidup rakyat keseluruhannya.

"Dengan pelbagai hasil bumi dan kedudukan geografi yang strategik antara Selangor dan Pulau Pinang seharusnya menjadi kelebihan kepada negeri ini untuk berada seiring dengan kedua-dua negeri tersebut dari segi pembangunan ekonomi rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, wawasan ekonomi yang lebih agresif perlu dibawa untuk menarik para pelabur di dalam dan luar negeri ke negeri ini.

"Sektor pelancongan dan pertanian berupaya untuk menjadi pemain utama dalam pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan yang menjadi salah satu tumpuan utama di kebanyakan negara.

"Melalui wawasan baharu yang dikemukakan, Perak juga mampu menambah peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!