Bot nelayan tempatan ditahan gaji kru warga asing

Sebahagian kru warga asing atas bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Rompin pada Isnin kerana melanggar syarat lesen.
Sebahagian kru warga asing atas bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Rompin pada Isnin kerana melanggar syarat lesen.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah bot pukat jerut milik nelayan tempatan ditahan kerana disyaki melanggar syarat lesen apabila dikendalikan kru warga asing tanpa permit kerja dan dokumen pengenalan diri sah.

Bot kelas C2 itu ditahan jam 9.30 malam, pada Isnin kira-kira 4.6 batu nautika dari Kuala Endau, Rompin.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Kamal Ariffin Jusoh berkata, bot bersama 24 kru terdiri warga Thailand dan Kemboja itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke muara Sungai Endau.

Menurutnya, bot pemintas Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Makmur di perairan Pahang bertindak memintas bot nelayan itu untuk pemeriksaan.

Bot yang ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading untuk tindakan lanjut.
Bot yang ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 apabila 15 kru disyaki menggunakan permit kerja tamat tempoh manakala sembilan termasuk tekong tidak memiliki dokumen sah.

"Bot bersama kru warga asing berusia 21 hingga 50 tahun yang ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kamal Ariffin berkata, turut dirampas peralatan menangkap ikan hasil laut dianggarkan seberat empat tan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!