Stesen LRT Kelana Jaya hingga LRT Ampang Park ditutup

Stesen LRT Kelana Jaya hingga LRT Ampang Park ditutup kepada pengguna susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya. - Gambar hiasan Bernama
Stesen LRT Kelana Jaya hingga LRT Ampang Park ditutup kepada pengguna susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya. - Gambar hiasan Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Stesen LRT Kelana Jaya hingga LRT Ampang Park ditutup kepada pengguna susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.

Menerusi kemas kini di Twitter Rapid KL, pengguna diminta menggunakan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain disebabkan permasalahan itu.

Rapid KL sebelum ini memaklumkan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan disebabkan masalah Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil dikesan sejak Sabtu lalu.

Keadaan itu menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KLCC dan Stesen Ampang Park serta tren berhenti lebih lama di platform.

"Permasalahan itu juga telah mengganggu keseluruhan jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Jelas kenyataan itu, setakat jam 5.30 pagi, pihak jurutera telah dapat menstabilkan sistem ATC dan perkhidmatan tren telah dimulakan, namun sistem tersebut masih berada di dalam pemantauan bagi memastikan kestabilan berterusan dan selamat.

Susulan itu, Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma untuk membawa penumpang dari stesen-stesen yang terjejas dengan laluan LRT Kelana Jaya.

Berikut adalah bas perantara disediakan bagi memudahkan pengguna bergerak ke stesen terjejas.

Artikel Berkaitan:

LRT Lembah Subang ke LRT Pasar Seni

1) WUX5708

2) WVA2977

3) WVE5821

LRT Pasar Seni ke LRT Lembah Subang

1) WVC3807

LRT Damai ke LRT Masjid Jamek

1) VAF5434

2) VAF5461

3) VAE7196

4) VAF7116

LRT Masjid Jamek ke LRT Damai

1) W2675T

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!