BN janji ADUN lantikan demi kestabilan politik

Saarani (tiga dari kanan) bersama calon-calon BN dan jentera parti selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Manifesto BN Perak di Bandar Meru Raya pada malam Selasa.
Saarani (tiga dari kanan) bersama calon-calon BN dan jentera parti selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Manifesto BN Perak di Bandar Meru Raya pada malam Selasa.
A
A
A

IPOH- BN Perak menyifatkan janji untuk meminda Enakmen Perlembagaan Negeri bagi mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan yang terkandung di dalam manisfestonya bertujuan memastikan kerajaan dibentuk lebih stabil.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu sudah pun dilaksanakan di Sabah dan Pahang dengan mewujudkan ADUN lantikan tersebut yang dipilih tanpa melalui proses pilihan raya.

Jelas beliau, pelaksanaan tersebut memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ADUN bagi meminda perlembagaan tersebut setelah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ia tidak semudah itu sebab ia perlu dibawa, diusulkan di DUN, dibahaskan dan diluluskan dengan sekurang-kurangnya dua pertiga ADUN bersetuju, baharulah Rang Undang-Undang itu atau pindaan itu dapat dijayakan.

"Jadi di Perak ini, kita sebutkan jika kita dapat dua pertiga atau lebih 40 kerusi daripada 59 kerusi DUN, kita akan bawa di dalam DUN Perak untuk meminda Perlembagaan Negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Manifesto BN Perak di Bandar Meru Raya, di sini pada malam Selasa.

Saarani berkata, jumlah ADUN lantikan tersebut akan dibincangkan kemudian dan kerusi itu bakal diisi khusus kepada golongan muda serta kumpulan minoriti.

Menerusi manifesto yang diumumkan, perkara tersebut merupakan salah satu inisiatif yang akan dilaksanakan BN Perak di bawah usaha pertama iaitu kestabilan politik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!