Kita nak pilih pemimpin bukan samseng

Antara insiden tidak sihat berlaku menjelang PRU15.
Antara insiden tidak sihat berlaku menjelang PRU15.
A
A
A

MASUK hari kelima berkempen Pilihan Raya Umum ke-15, nampaknya parti-parti politik pun sudah pakat-pakat masuk gear lima kempen.

Walaupun Merak Jalanan belum sempat hadir mana-mana ceramah politik, tapi 'perang' bendera sudah berlaku di banyak tempat terutamanya kawasan panas.

Di Gombak contohnya, bila Datuk Seri Aminudin Shari bertemu dengan 'bos lamanya' Datuk Seri Azmin Ali, bendera Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) boleh dikatakan ada di setiap pelusuk Gombak.

Merak Jalanan yang sempat melalui kawasan Sri Gombak Ahad lalu, melihat jentera PN dan PH mencari tiang-tiang lampu paling tinggi dan laluan jalan utama untuk mengibarkan bendera.

Bila PH dan PN memang bersungguh-sungguh di Gombak, Barisan Nasional (BN) pun tak mahu ketinggalan pasang bendera di serata lokasi.

Bagi Merak Jalanan, itu persaingan sihat antara calon-calon politik.

Cuma dalam kehangatan berkempen, Merak Jalanan agak terkejut dengan insiden panas dan tidak sihat sehingga berlaku kekecohan serta pergaduhan.

Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman antara pemimpin paling awal berdepan provokasi dan serangan ala samseng beberapa minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikut ceritanya sekumpulan lelaki bermotosikal menyerbu program Syed Saddiq di Muar dengan mencemuh dan membaling objek kepada penyokong beliau.

Pada Selasa pula, tular satu video kekecohan di lokasi kawasan tapak pasar malam.

Merak Jalanan difahamkan oleh kerana kawasan berkempen agak dekat antara dua parti politik, ia berakhir dengan kekecohan.

Dengar cerita calon bertanding sendiri pun hilang sabar sehingga terpaksa ditenangkan para penyokong.

Merak Jalanan berharap berbaki sembilan hari lagi kempen PRU15, baik calon atau pun penyokong boleh kawal baran masing-masing.

Memang suhu politik negara makin tinggi, tetapi ketahuilah pengundi hendak cari pemimpin untuk mewakili rakyat, bukan kaki gaduh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!