Tiga remaja dipenjara, didenda

No Image Caption
A
A
A

BESUT - Gara-gara menunggang motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi 'wheelie' atau congek, tiga remaja masing-masing dipenjara tiga bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Besut di sini, pagi ini.

Majistret Raja Norshuzianna Raja Mamat menjatuhkan hukuman tersebut selepas Muhammadm Aiman Mohamad, 19, Muhammad Alif Hakimi Kafli, 19 dan Ahmad Zaim Zikri Ahmadd Zaki, 20 membuat pengakuan bersalah.

Raja Norshuzianna turut mengarahkan tambahan penjara enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda yang dikenakan.

Muhammad Alif Hakimi dan Ahmad Zaim Zaki didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Perbuatan itu dilakukan ketika Ahmad Zaim Zaki yang menunggang motosikal sambil membonceng Muhammad Alif Hakimi di Jalan Bukit Keluang, Kampung Raja lebih kurang jam 6.45 petang pada 8 Februali lalu.

Muhammad Aiman juga didakwa atas pertuduhan dan masa serta tempat yang sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!