Everton beri keutamaan kekal status elit
FRANK Lampard menegaskan keutamaan Everton adalah untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kekalahan 1-4 kepada Bournemouth di Stadium Vitality, dalam pusingan ketiga Piala Liga pada Rabu.
“Sejujurnya kami perlu memberi tumpuan kepada matlamat utama musim ini iaitu kekal dalam Liga Perdana Inggeris, selain bersaing sepenuh jiwa di Piala FA selepas tersingkir dari kejuaraan Piala Liga.
"Kami juga perlu memenangi perlawanan dengan persembahan lebih baik, selain bersedia untuk bangkit dari kekalahan ini," katanya.
Kedua-dua pasukan melakukan rombakan apabila menurunkan para pemain baharu selepas kekalahan dalam saingan liga hujung minggu lalu.
Jamal Lowe meletakkan The Cherries di depan selepas tujuh minit selepas menewaskan penjaga gol Everton, Asmir Begovic.
Pertahanan lemah The Toffees membolehkan Junior Stanislas melebarkan kedudukan 2-0 dengan menjaringkan minit ke-47.
Demarai Gray mengurangkan defisit Everton pada minit ke-67, namun Bournemouth kembali mendahului menerusi Emiliano Marcondes di minit ke-78 sebelum Jaidon Anthony meledak gol minit ke-82', untuk kedudukan 4-1.
Bekas pengendali Chelsea juga mengakui kecewa dengan prestasi para pemainnya menyifatkan corak permainan dipamerkan tidak berubah seperti saingan kejuaraan sama musim lalu.
“Persembahan buruk selepas banyak perubahan dilakukan untuk perlawanan ini, sejujurnya kami mahu memenangi setiap perlawanan, namun yang berlaku adalah sebaliknya.
“Perlawanan ini, para pemain tidak bermain begitu banyak minit diberikan peluang bersaing mereka berhak mendapat peluang, menerima situasi, dan apabila mendapat peluang, menggunakan yang terbaik.
“Itu juga kes kelab kendalian Gary O’Neil. Kami melayan permainan lawan penuh penghormatan, tidak banyak pengalaman dalam pasukan kami malam ini.
“Terutamanya cara menjaringkan gol dengan peluang yang kami tidak terjemahkan dalam bentuk jaringan," katanya.
Kedua-dua pasukan melakukan rombakan apabila menurunkan barisan pemain baharu selepas kekalahan hujung minggu lalu.
Jamal Lowe meletakkan Bournemouth di depan selepas tujuh minit menewaskan penjaga gol Everton, Asmir Begovic.
Everton, yang bermain di Bournemouth sekali lagi dalam liga pada Sabtu ini, mensia-siakan beberapa peluang menyamakan kedudukan turut dicemuh penyokong The Toffees.
Junior Stanislas menjadikan kedudukan 2-0 dengan menjaringkan minit ke-47, apabila memanfaatkan kealpaan pertahanan The Toffees.
Demarai Gray mengurangkan defisit pada minit ke-67, namun Bournemouth yang tenang kembali mendahului menerusi Emiliano Marcondes pada minit ke-78 sebelum Jaidon Anthony meledak gol, untuk kedudukan 4-1, pada minit ke-82.
PIALA LIGA INGGERIS
Pusingan Ketiga
KHAMIS (10 NOVEMBER)
Wolves lwn Leeds United, 3.45 pagi
Nottingham Forest lwn Tottenham Hotspur, 3.45 pagi
Arsenal lwn Brighton, 3.45 pagi
Southampton lwn Sheffield Wednesday, 3.45 pagi
West Ham United lwn Blackburn Rovers, 3.45 pagi
Newcastle United lwn Crystal Palace, 3.45 pagi
Manchester City lwn Chelsea, 4 pagi
Liverpool lwn Derby County, 4 pagi
JUMAAT (11 NOVEMBER)
Manchester United lwn Aston Villa, 4 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!