Portal, aplikasi info banjir alami gangguan

Zaini - Foto Bernama
Zaini - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemantauan operasi ramalan dan amaran banjir tidak dapat dilaksanakan secara optimum susulan portal public info banjir dan aplikasi MyPublic info banjir mengalami gangguan.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, gangguan itu tidak dapat dielakkan akibat satu insiden luar jangka berkaitan sistem penyejukan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Enstek telah berlaku pada Selasa.

"Insiden ini telah menyebabkan berlakunya gangguan pengoperasian ke atas semua server, perkakasan, aplikasi agensi yang ditempatkan di PDSA Enstek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, berdasarkan nasihat Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan dengan menutup server sehingga sistem penyejukan dibaik pulih bagi membolehkan pengoperasian kembali seperti biasa.

"Sehubungan itu, pemantauan operasi ramalan dan amaran banjir tidak dapat dilaksanakan secara optimum dalam tempoh ini.

"Tarikh serta masa tamat gangguan tidak dapat dipastikan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!