Enam maut akibat gempa bumi landa barat Nepal

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda barat Nepal pada Rabu. - Foto 123RF
Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda barat Nepal pada Rabu. - Foto 123RF
A
A
A
NEW YORK - Gempa bumi kuat menggegarkan daerah Doti di barat Nepal awal pagi Rabu, mengakibatkan enam orang maut manakala lima lagi cedera, menurut seorang pegawai tempatan.

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda kawasan itu pada 2.12 pagi waktu tempatan, hingga mengakibatkan beberapa bangunan runtuh.

"Mayat-mayat turut ditemukan dalam runtuhan itu.

"Sementara itu, mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital tempatan," ketua pegawai daerah Doti, Kalpana Shrestha memberitahu Xinhua.

Pusat gempa terletak di kawasan Taman Negara Khaptad.
Artikel Berkaitan:


Shrestha berkata anggota penyelamat telah dikerah bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Nepal antara negara yang terdedah kepada aktiviti seismik, dan lebih 9,000 rakyatnya terbunuh dalam kejadian gempa bumi pada 2015. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!