Tiga Datuk berkempen di pasar pagi

Nawi (dua, kiri) bersama Che Mohamad Zulkifly ketika berkempen di pasar pagi Kampung Alor Lintah di sini pada Rabu.
Nawi (dua, kiri) bersama Che Mohamad Zulkifly ketika berkempen di pasar pagi Kampung Alor Lintah di sini pada Rabu.
A
A
A

BESUT - Hari keempat kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Besut rancak dan meriah dengan kehadiran tiga calon bergelar Datuk di pasar pagi Kampung Alor Lintah, di sini.

Calon BN, Datuk Nawi Mohamad yang tiba di pasar kira-kira jam 10.30 pagi bertembung dengan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Wan Nazari Wan Jusoh.

Turut sama berkempen di pasar tersebut adalah calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Ketiga-tiga calon tersebut dilihat bermesra, bertanya khabar dengan peniaga dan pengunjung pasar sambil mengedarkan risalah.

Sementara itu, Nawi ketika ditemui berkata, beliau mengamalkan kempen secara mesra dan matang walaupun berdepan dengan calon parti lawan.

Nawi (tiga, kiri) bersama Wan Nazari (tiga, kanan) ketika bertembung di pasar pagi Kampung Alor Lintah, di sini pada Rabu.
Nawi (tiga, kiri) bersama Wan Nazari (tiga, kanan) ketika bertembung di pasar pagi Kampung Alor Lintah, di sini pada Rabu.

"Apatah lagi mereka sebelum ini merupakan kawan dalam parti walaupun kini sudah berada dalam platform dan parti lain," katanya selepas mengadakan walkbout di pasar pagi Kampung Alor Lintah, di sini pada Rabu.

Parlimen Besut yang mempunyai 111,650 pengundi berdaftar menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan BN, PN, Pejuang dan Pakatan Harapan (PH) melalui calonnya, Abd Rahman @ Abd Aziz Abas.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU14, Parlimen Besut dimenangi Datuk Seri Idris Jusoh yang bertanding atas tiket BN dengan undi sebanyak 34,335 menewaskan calon Pas, Riduan Mohamad Nor dan juga Wan Nazari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!