PRU15: Nik Abduh bantu Mohd Syahir berkempen di Bachok

Mohd Syahir (tengah) bersama Nik Abduh (kanan) turun berkempen di Bachok pada PRU15.
Mohd Syahir (tengah) bersama Nik Abduh (kanan) turun berkempen di Bachok pada PRU15.
A
A
A

KOTA BHARU - Kegusaran Calon Pas Parlimen Bachok bertanding di kerusi anak pemimpin ulama terkemuka, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat reda apabila penyadangnya ikut sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon itu, Mohd Syahir Che Sulaiman, 39, berkata, penyandang kerusi Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz bersama-sama turun berkempen di lebih 10 pos Pas di kawasan tersebut pada Selasa.

“Nik Muhamad Abduh yang saya bahasakan sebagai kekanda membantu adindanya ini berkempen bagi memastikan kemenangan pada PRU15.

“Beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar sebaik mungkin selepas sahaja saya diumumkan menjadi calon dan aura legasi Allahyarham Nik Aziz berterusan ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penerangan Pas Kelantan, di sini, pada Rabu.

Mohd Syahir yang merupakan calon termuda Pas Kelantan mengakui gentar mengalas tanggungjawab di kerusi penyandang tersebut namun menerima tugas besar yang diberikan oleh pucuk pimpinan Pas.

“Saya pertama kali bertanding dan bukan mudah kerana berada di kerusi anak tokoh.

“Aura dan legasinya sukar ditandingi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyenaraikan ‘5K’ yang menjadi keutamaan dan tumpuannya jika diberi mandat oleh rakyat bagi mewakili Parlimen Bachok pada PRU15.

Artikel Berkaitan:

“5K itu adalah kefahaman agama, kecemerlangan akademik, keusahawanan, keberhasilan pertanian dan keunikan pelancongan.

“Kemudahan dan infrastruktur yang dalam pembinaan di Bachok akan diteruskan manakala selainnya akan ditambah baik untuk penduduk di daerah ini,” katanya.

Mohd Syahir adalah anak tempatan Kampung Pantai Melawi, Bachok menjawat jawatan terkini Setiusaha Politik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Penolong Setiausaha Agong Pas, Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas dan Pengarah Strategi Dewan Pemuda Pas.

Beliau juga Setiusaha Politik Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Felo Penyelidik (Ekonomi), Institusi Strategi dan Integriti Terengganu (2018-2021), Penolong Naib Presiden, Sime Darby Property (2013-2018) niagaan, Sime Darby Berhad (2008-2013) dan Akauntan Pengurusan Shell Malaysia (2006-2007).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!