LRT tergendala
09 November 2022 04:46pm
Masa membaca: 4 minit
Ramai pengguna perkhidmatan LRT terkandas di Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) selepas perkhidmatan LRT di antara laluan stesen Kelana Jaya dan KLCC dilaporkan mengalami masalah teknikal ketika tinjauan hari ini.
Keadaan itu menyebabkan ribuan pengguna terkandas di stesen masing-masing dan ia berlaku pada waktu puncak ketika sebahagian besar pengguna mula memenuhi stesen untuk pulang selepas tamat waktu kerja. - Foto Bernama.
Jumlah kenderaan banyak menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sehingga 11 pagi tadi di Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu kota dari arah Petaling Jaya akibat perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya tergendala sejak semalam. Sebanyak 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya iaitu dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park akan digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini. Rapid KL dalam kenyataan malam tadi memaklumkan punca gangguan operasi dipercayai berpunca dari gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park. - Foto Bernama