PRU15: Negeri Sembilan cuti umum 18 November

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan 18 November depan sebagai cuti umum dan hari pelepasan sebagai persediaan mengundi di seluruh negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, keputusan itu dibuat semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada Rabu.

Pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bersidang pada hari ini bersetuju memberi cuti umum pada hari berkenaan bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian PRU15 nanti.

"Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 November," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian manakala 15 November ialah hari pengundian awal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!