LRT tak operasi selagi punca kerosakan tidak dikenal pasti

Ka Siong (kiri) ketika sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kompleks Balai Orang Ramai di Taman Suria, Ayer Hitam pada Rabu.
Ka Siong (kiri) ketika sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kompleks Balai Orang Ramai di Taman Suria, Ayer Hitam pada Rabu.
A
A
A

BATU PAHAT - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya tidak akan dibenar beroperasi sehingga punca kerosakan dikenal pasti dan diatasi sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penutupan tersebut dilakukan bagi mengelak risiko kejadian lebih teruk selain memastikan keselamatan pengguna terjamin.

"Saya berasa kesal apa yang berlaku sehingga mendatangkan kesulitan ramai pengguna kerana notis terlalu lewat. Saya difahamkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedaya upaya mengenal pasti apa punca masalah tersebut.

"Pihak Prasarana juga diingatkan sentiasa memberikan maklumat kepada orang ramai perkembangan kerja baik pulih laluan berkenaan bagi membolehkan mereka membuat perancangan perjalanan sama ada menggunakan alternatif pengangkutan lain atau sebaliknya," katanya.

Ka Siong yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Ayer Hitam berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kompleks Balai Orang Ramai di Taman Suria, Ayer Hitam di sini pada Rabu.

Sebelum itu, Prasarana dilaporkan memohon maaf kepada pengguna terjejas susulan gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, 16 stesen dari LRT Kelana Jaya ke Ampang Park dihentikan selama tujuh hari bagi mencari penyelesaian penuh susulan masalah Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil.

Menurutnya, dua pakar original equipment manufacturer (OEM) dari Kanada dan Dubai akan tiba ke Malaysia bagi mengenal pasti punca permasalahan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!