Ada cubaan buatkan raja kurang senang dengan kerajaan, kata PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) melancarkan Proton Iriz edisi 2019 pada Majlis Perasmian Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking (dua, kiri), Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari (kanan). - Foto Benama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) melancarkan Proton Iriz edisi 2019 pada Majlis Perasmian Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking (dua, kiri), Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari (kanan). - Foto Benama
A
A
A

SERDANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cubaan pihak tertentu untuk membuatkan raja-raja kurang senang dengan kerajaan semasa tidak akan berjaya kerana kerajaan dipilih oleh rakyat secara demokratik.

“Ada banyak cubaan untuk jadikan raja jengkel dengan kerajaan. Mereka pilih perkara-perkara seperti Statut Rom... tetapi ia tidak akan berhasil, ia akan gagal. Mereka boleh cuba nasib mereka.

"Mereka tidak akan berjaya kerana kerajaan dipilih oleh rakyat. Ini adalah demokrasi dan anda tidak boleh sewenang-wenangnya jatuhkan kerajaan.

“Melainkan anda mahu ketepikan demokrasi dan jadi kleptokrasi atau anda boleh jadi autokrasi,” kata Dr Mahathir apabila ditanya tentang kebimbangan berhubung kewujudan ‘deep state’ atau ‘negara dalam negara’ yang boleh menjejaskan Putrajaya.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas melancarkan Malaysian Autoshow 2019 anjuran Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), pameran kenderaan terbesar ASEAN yang bermula hari ini hingga 14 April di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.

Baru-baru ini, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, keputusan kerajaan menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan langkah ‘politik’ kerana bimbang akan cubaan rampasan kuasa yang didorong oleh kuasa di belakang tabir.

Statut Rom merupakan triti yang mewujudkan ICC.

Saifuddin juga dipetik berkata, sejarah membuktikan rampasan kuasa atau kudeta merupakan reaksi biasa kemajuan demokratik dan pemberontakan rakyat susulan pilihan raya, dan ia biasanya dicetuskan oleh “deep state”.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan itu, “deep state” juga dikenali sebagai “state within a state’ (negara dalam negara) merujuk kepada satu bentuk kerajaan sulit atau rangkaian yang beroperasi secara berasingan daripada kepimpinan politik sesebuah negara, bagi memenuhi agendanya sendiri. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!