Haaland masih belum pulih
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berkata, Erling Haaland masih belum pulih sepenuhnya kecederaan kaki dan penyerang itu berkemungkinan tidak bermain dalam dua perlawanan terakhir sebelum rehat musim untuk Piala Dunia.
Haaland sebelum ini terlepas dua perlawanan akibat kecederaan sebelum diturunkan ketika menentang Fulham dalam Liga Perdana Inggeris pada Sabtu, menukarkan penalti pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan The Citizens.
“Dia masih belum sempurna. Dia semakin sihat. Perkara utama ialah tulangnya tidak patah - ligamennya rosak sedikit, jadi dia masih belum sempurna sekarang,” kata Guardiola menjelang perlawanan Pusingan Ketiga Piala Liga menentang Chelsea di Stadium Etihad pada Rabu.
Penyandang juara itu City menerima kunjungan Brentford, pada Sabtu dalam perlawanan terakhir sebelum liga berhenti sementara bagi memberi laluan kepada Piala Dunia 2022 di Qatar.
Guardiola berkata, pemain berusia 22 tahun itu boleh bermain dalam perlawanan persahabatan Norway menentang Ireland dan Finland akhir bulan ini.
“Jika dia berasa baik, dia akan bermain untuk pasukan kebangsaan - ia sangat penting untuk pemain. Saya tidak pernah menghalang para pemain bermain untuk pasukan kebangsaan mereka,” kata Guardiola.
PIALA LIGA INGGERIS
KHAMIS (10 NOVEMBER)
Wolves lwn Leeds United, 3.45 pagi
Nottingham Forest lwn Tottenham Hotspur, 3.45 pagi
Arsenal lwn Brighton, 3.45 pagi
Southampton lwn Sheffield Wednesday, 3.45 pagi
West Ham United lwn Blackburn Rovers, 3.45 pagi
Newcastle United lwn Crystal Palace, 3.45 pagi
Manchester City lwn Chelsea, 4 pagi
Liverpool lwn Derby County, 4 pagi
JUMAAT (11 NOVEMBER)
Manchester United lwn Aston Villa, 4 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!