'Tak timbul sentimen lenyapkan legasi Nik Aziz'

Mohd Syahir semasa Program Sinar Live bertajuk 'Pas 'king maker' PRU15?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Rabu.- Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN
Mohd Syahir semasa Program Sinar Live bertajuk 'Pas 'king maker' PRU15?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Rabu.- Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak timbul cubaan pelapis baharu parti Pas untuk melenyapkan legasi pemimpin ulama terkemuka, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Calon Pas Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengakui pada awalnya sentimen negatif itu dibawa seolah-olah pencalonan beliau bertujuan menamatkan legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Mohd Syahir Che Sulaiman. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN
Mohd Syahir Che Sulaiman. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

"Saya rasa tidak timbul dan tidak berbangkit kerana di Kelantan sendiri dari segi dasarnya masih meneruskan dasar-dasar yang dibawakan Allahyarham Nik Abdul Aziz dan saya sendiri di Bachok mengakui ada sentimen negatif pada awalnya dibawa seolah-oleh mahu menamatkan legasi keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Tetapi secara automatik dipadamkan apabila Nik Abduh sendiri memberikan komitmen secara fizikal dan zahirnya turut hadir ketika pengisytiharan dan hari penamaan calon. Malah sehingga ke hari ini, beliau masih lagi turun berkempen dengan saya di Bachok untuk bertemu dengan pengundi-pengundi.

"Jadi secara asasnya ia sudah tidak lagi berbangkit," katanya dalam Program Sinar Live bertajuk 'Pas 'king maker' PRU15?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Rabu.

Pada masa sama, beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat optimis dengan potensi untuk mengekalkan kemenangan kerusi berkenaan melihat kepada perkembangan sentimen di media sosial dan lapangan.

Artikel Berkaitan:

Program Sinar Live bertajuk “Pas ‘King Maker’ PRU15?” menampilkan calon Parlimen Bachok dari Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman (kanan) bersama moderator, Hazwan Mokhtar yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

"Kebetulan keberadaan saya di media sosial telah dikenali sebagai anak Kelantan, anak Bachok. Sentimen meningkat dari hari ke hari, manakala di lapangan juga mereka menaruh harapan pada calon baharu.

"Di kampung tidak seperti di bandar. Kita turun menyantuni pengundi bukan buat program dan panggil mereka. Jadi nampak maklum balas positif.

"Kira-kira 70 peratus penggerak Pas di Bachok juga adalah terdiri daripada golongan muda..jadi sentimen penerimaan tu ada," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!