LRT tergendala: Pakar dari Kanada bantu proses baik pulih

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, sebanyak 16 stesen transit aliran ringan (LRT) dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, sebanyak 16 stesen transit aliran ringan (LRT) dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.
A
A
A

PETALING JAYA - Pasukan pakar dan jurutera luar negara, Thales Group Kanada akan menyertai kumpulan jurutera Rapid Rail malam ini (Khamis) bagi mempercepatkan proses baik pulih gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di beberapa stesen yang terjejas ketika ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Mohd Azharruddin Mat Sah berkata, penyertaan pasukan pakar luar negara itu dibuat bagi mempercepatkan proses baik pulih gangguan di Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park yang membabitkan 16 laluan.

Jelas Mohd Azharuddin, pada jam 10 malam Rabu pihaknya telah menjalankan ujian pergerakan tren LRT laluan Kelana Jaya di antara Stesen Ampang Park dan Stesen KLCC.

“Ujian ini penting bagi pihak pihak kejuruteraan Rapid Rail bersama pengilang peralatan asal (OEM) LRT untuk mengenal pasti log yang dijana bagi membolehkan punca sebenar dapat diketahui.

“Pakar dari luar negara, Thales Group Kanada akan menyertai kejuruteraan Rapid Rail malam ini untuk meneliti masalah yang dihadapi.

“Kami berharap dengan bantuan pakar dan jurutera luar negara ini dapat mempercepatkan proses baik pulih sistem ATC,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Rapid Rail Subang, di sini pada Khamis.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohd Azharuddin turut memaklumkan kira-kira 100 buah bas perantara disediakan bagi melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas.

“Setakat ini keadaan terkawal dengan pertambahan perkhidmatan bas perantara dan purata masa menunggu bagi perkhidmatan bas adalah lima minit,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, Rapid KL memaklumkan sebanyak 16 stesen LRT dari stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.

Antara stesen terlibat adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi dan Bangsar.

Stesen lain yang terjejas adalah Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!