PRU15: Calon BN guna slogan tarik pengundi

Nurhisam (tengah) mengambil peluang bertemu rakyat sepanjang tempoh berkempen.
Nurhisam (tengah) mengambil peluang bertemu rakyat sepanjang tempoh berkempen.
A
A
A

DUNGUN - Menerusi slogan 'Ustaz Sham ada' diyakini dapat menjadi laluan mudah untuk calon BN Parlimen Dungun, Nurhisam Johari untuk mendekati pengundi.

Berdepan saingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15), Nurhisam berkata, sepanjang berkempen semua masyarakat pelbagai peringkat umur menunjukkan maklum balas yang positif.

"Saya guna slogan 'Ustaz Sham ada' bermaksud kalau ada sebarang masalah mereka boleh terus merujuk kepada saya.

"Saya akan buat yang terbaik menyelesaikan masalah mereka walaupun mungkin tidak dapat diatasi dengan segara.

"Kita akan cuba berulang kali sehingga berjaya," katanya.

Nurhisam berkata, pelbagai strategi diatur melalui pelbagai kaedah termasuk memanfaatkan sepenuhnya aplikasi media sosial.

"Kita gunakan Facebook, TikTok terutamanya banyak digunakan oleh masyarakat

"Kebanyakan kita jumpa golongan muda ada TikTok dan saya gunakan saluran ini secara menyeluruh untuk menyampaikan hasrat pembangunan untuk mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nurhisam berkata, segala gerak kerja berjalan dengan baik dan dia mendapat sokongan penuh daripada semua bekas-bekas wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Tiada masalah timbul dan tiada sebarang perpecahan berlaku.

"Jika sebelum ini wujud kumpulan-kumpulan tertentu dalam parti tetapi kali ini semua bergabung memberi sokongan kepada saya sebagai calon yang dipilih," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!