Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Bayaran BKM Fasa 4 dipercepatkan: PM

10 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2022

Kerajaan mempercepatkan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 tersebut adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November ini.

Menurutnya, pembayaran bernilai RM2.1 bilion ini memanfaatkan 5.2 juta penerima terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan.

Artikel: https://bit.ly/3fVPefd

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa