Akta Kredit Pengguna digubal beri pinjaman patuh syariah

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menggubal Akta Kredit Pengguna dalam usaha memastikan pengguna mendapat pinjaman wang berlesen yang patuh syariah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya telah mengadakan sesi perbincangan (townhall) dengan beberapa agensi kerajaan pada 19 Februari lepas bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

“Insya-ALLAH, penggubalan (Akta Kredit Pengguna) akan dilaksanakan tahun ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan ini sedang diuruskan,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memastikan sistem pinjaman wang berlesen di bawah KPKT adalah patuh syariah.

Zuraida berkata, semua syarikat peminjam wang berlesen atau kredit komuniti yang berdaftar dengan KPKT ketika ini boleh merujuk kepada syarikat panel syariah bagi mendapatkan lesen patuh syariah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!