PRU15: Zahid ulangi pendirian Ismail Sabri kekal PM
MELAKA - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN, apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, keputusan tersebut sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan ketika BN sedang berkempen untuk menang pada PRU kali ini.
"Apabila UMNO dan BN buat keputusan, kita akan terus komited untuk menentukan bahawa nama perdana menteri kita adalah perdana menteri yang sedang melakukan tugas dengan baik di Putrajaya.
"Jangan timbul spekulasi dan ramalan... jangan cucuk mencucuk dalam kalangan kami kerana kami 'tiada masalah langsung’," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama calon, jentera dan penyokong BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang di sini, pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!