PRU15: KJ batal program, bergegas lawat mangsa banjir

Khairy bertemu dengan salah seorang mangsa banjir di Taman Setia Warisan di Kampung Melayu Subang.
Khairy bertemu dengan salah seorang mangsa banjir di Taman Setia Warisan di Kampung Melayu Subang.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terpaksa membatalkan pertemuannya dengan pengundi di Pasar Malam Matang Pagar pada petang Khamis, bagi bertemu penduduk yang terkesan dengan banjir.

Beliau yang ketika itu dalam program turun padang bertemu pengundi, bergegas ke Taman Setia Warisan di Kampung Melayu Subang apabila mendapat tahu air mula naik di kawasan perumahan berkenaan.

“Baharu dua hari lepas saya bercakap tentang banjir dan hari ini (Khamis), ia betul-betul berlaku.

“Daripada tinjauan yang dilakukan, saya dimaklumkan ban di sini tidak cukup panjang dan apabila hujan, air melimpah di kawasan ini.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang turut hadir di sini ada bagi cadangan untuk meninggikan tembok di sini atau menyambung ban yang telah dibina supaya air tidak melimpah keluar.

Khairy ketika meninjau keadaan banjir di Taman Setia Warisan di Kampung Melayu Subang.
Khairy ketika meninjau keadaan banjir di Taman Setia Warisan di Kampung Melayu Subang.

“Saya harap penduduk yang terjejas bersabar dan kita akan hantar pasukan untuk membantu mencuci kediaman mereka,” katanya melalui satu perkongsian video sebaik sahaja melawat penduduk di situ.

Dalam beberapa klip video yang dikongsikan kepada media, kelihatan Khairy bertanya khabar penduduk yang terjejas dan turut meninjau keadaan ban di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!