7 maut pertempuran tentera Filipina, pemberontak

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Anggota tentera Filipina sedang melakukan rondaan di selatan Filipina. - Agensi
Anggota tentera Filipina sedang melakukan rondaan di selatan Filipina. - Agensi
A
A
A

MANILA - Seramai tujuh orang maut dalam pertempuran antara tentera Filipina dan kumpulan pemberontak di selatan negara itu, menurut pihak berkuasa dalam insiden paling dahsyat sejak perjanjian damai yang ditandatangani pada 2014.

Tentera berkata, pertempuran berlaku pada Selasa di pulau Basilan, luar pulau utama di selatan Mindanao yang mana terdapat 'salah faham' antara tentera dan anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Tambahnya, semasa kejadian seorang pegawai tempatan menyaksikan sekumpulan anggota MILF memasuki kampung Ukitan yang dianggap melanggar perjanjian damai.

Jeneral Domingo Gobway berkata, pemberontak MILF menembak tentera sehingga mencetuskan pertempuran maut itu.

Sekurang-kurangnya tiga anggota tentera dan empat pemberontak maut manakala belasan lagi cedera.

Selama beberapa dekad, Filipina iaitu negara majoriti penduduk beragama Katolik telah terjerumus dalam pemberontakan ganas membabitkan kumpulan pemisah yang kini telah mengorbankan 100,000 orang. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!