Pendaftaran calon persendirian SPM 2019 dibuka semula

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pendaftaran calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2019 dibuka semula mulai 15 April hingga 30 April, kata Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan hari ini berkata, walaupun pendaftaran bagi peperiksaan SPM 2019 ditutup pada 31 Mac namun pihaknya menerima banyak permohonan daripada orang ramai agar pendaftaran itu dibuka semula.

Katanya pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web LP di alamat http://sppat.moe.gov.my.

“Urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon ingin menduduki peperiksaan dalam tempoh tujuh hari selepas mengisi borang pendaftaran,” katanya.

Selain yuran peperiksaan, Lembaga Peperiksaan berkata calon juga perlu membuat bayaran tambahan iaitu Bayaran Calon Lewat Daftar sebanyak RM30. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!