Bila orang berhutang diberi layanan lebih VIP

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MERAK Jalanan pernah mendengar cerita seorang pembeli dilayan sambil lewa oleh penjual ketika memasuki sebuah showroom kereta mewah. Sebabnya, dia hanya memakai selipar jepun dan baju T lusuh.

Walaupun nampak pilih kasih, tetapi tidak boleh menyalahkan jurujual yang bergantung kepada komisen sebagai sumber pendapatan. Buat apa membuang masa melayan pembeli yang sudah nampak jelas tidak akan membeli. Atau dengan erti kata lain, tidak ada duit untuk membeli kereta mewah.

Merak Jalanan percaya situasinya akan berbeza jika pelanggan tersebut membawa wang tunai dalam ‘briefcase’ dan menunjukkan kepada penjual itu.

Itu cerita penjual kereta mewah. Baru-baru ini, Merak Jalanan terdengar cerita yang situasinya hampir sama, kali ini melibatkan sebuah kedai menjual motosikal.

Sahabat Merak Jalanan merungut kerana dia terpaksa menunggu sampai enam bulan untuk mendapatkan motosikal 250cc yang sudah ditempahnya. Rakan Merak Jalanan itu mahu membeli secara tunai.

Bagaimanapun, katanya, penjual motosikal itu boleh mengurangkan tempoh menunggu kepada dua minggu jika sahabat Merak Jalanan itu membayar secara hutang atau kredit.

Itulah situasi yang berlaku di kebanyakan kedai motosikal sekarang. Mereka akan memberi layanan VIP kepada pembeli yang membuat kredit berbanding membayar secara tunai. Sebab harganya berbeza dan sudah tentu kredit lebih mahal berbanding tunai.

Dalam kita menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat hutang baharu bagi mendepani situasi ekonomi yang dijangka semakin mencabar pada tahun hadapan, nampaknya ada pihak yang lebih suka orang membuat hutang.

Artikel Berkaitan:

Tertanya-tanya juga Merak Jalanan, adakah memang zaman sekarang orang yang mempunyai duit banyak di tangan tidak lagi dipandang tinggi, berbanding orang yang banyak hutang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!