Tujuh hari hadapi tempoh yang sukar

Sebanyak 16 stesen sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari akibat masalah teknikal. - Gambar hiasan 123RF
Sebanyak 16 stesen sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari akibat masalah teknikal. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SECARA kebetulan, ketika Sinar Harian menerusi ruangan ‘Apa Khabar Rakyat?’ menyampaikan harapan orang ramai agar sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur ditambaik baik, berlaku satu peristiwa yang tidak pernah terjadi di Malaysia.

Sebanyak 16 stesen sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari akibat masalah teknikal.

Tren tidak dapat beroperasi secara automatik berpunca gangguan pada komponen ATC menyebabkan kehilangan signal dengan pusat kawalan.

Ini bukan kali pertama LRT menghadapi masalah. Sebelum ini pun pernah berlaku gangguan tapi tidak seteruk ini.

Bagi mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur mungkin tidak kisah, tetapi bagi ribuan warga kota yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, kejadian ini ibarat satu ‘bencana’.

Akibat masalah ini, kira-kira 2,000 orang yang berulang alik ke pejabat menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari mengalami kesulitan.

Mereka terpaksa mencari alternatif lain sama ada menggunakan bas awam, memandu kenderaan sendiri atau mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan perkhidmatan grab.

Meskipun syarikat Rapid Rail menyediakan bas tambahan sebagai pilihan, ia tidak mencukupi sehingga ramai terpaksa berasak-asak untuk menaiki bas sehingga mengundang bahaya.

Masalah tidak setakat dihadapi pengguna LRT, malah orang ramai yang tidak menggunakan perkhidmatan tersebut juga terkena tempiasnya. Lihat sendiri bagaimana pada hari pertama tren tidak beroperasi, jalan raya-jalan raya di Kuala Lumpur mengalami kesesakan luar biasa. Ramai yang lewat sehingga dua jam sampai ke pejabat akibat terperangkap dalam kereta.

Walaupun Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah memohon maaf kepada orang ramai susulan kejadian ini, ia tidak boleh dipandang ringan.

Artikel Berkaitan:

Mereka perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini tidak berulang lagi pada masa akan datang, dalam masa sama tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikan sebarang gangguan.

Difahamkan, dua pakar pengeluar peralatan asal (OEM) dari Kanada dan Dubai akan tiba di Malaysia bagi mengenal pasti punca masalah tersebut.

Walaupun hanya tujuh hari tidak beroperasi, tetapi cukup menyeksakan bagi orang ramai untuk menghadapi situasi sukar tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!