Dadah: Dua warga Pakistan dihukum mati di Riyadh
Hukuman mati itu dilaksanakan di wilayah Riyadh iaitu ibu kota negara beraja itu, kata Saudi Press Agency (SPA).
Tindakan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memerangi semua jenis dadah kerana kemudaratan besar yang ditimbulkan kepada individu dan masyarakat, kata laporan tersebut.
Laporan berkenaan tidak memberikan butiran mengenai cara pelaksanaan hukuman mati tetapi kerajaan Arab Saudi yang kaya itu sering melaksanakan hukuman mati dengan memenggal kepala.
Arab Saudi mencetuskan bantahan antarabangsa pada Mac lalu apabila ia membunuh 81 orang dalam tempoh satu hari kerana kesalahan berkaitan keganasan.
Setakat ini sebanyak 128 hukuman mati telah dijalankan pada tahun tahun ini, hampir dua kali ganda daripada jumlah keseluruhan pada tahun lalu iaitu sebanyak 69 hukuman, menurut pengiraan.
Terdapat 27 hukuman mati pada tahun 2020 dan 187 lagi pada tahun 2019.
Sebelum hukuman mati diumumkan pada Khamis, tiada hukuman mati bagi jenayah berkaitan dadah sejak Januari 2020, menurut pengiraan AFP. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!