'Doakan tak ada apa-apa yang serius'
"DOAKAN keputusannya esok. Moga tak ada apa yang serius," tulis pelawak dan pengacara terkenal Nur Jihan Musa, 36, menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Terdahulu, Jihan telah memuat naik sekeping gambarnya sedang melakukan pemeriksaan MRI di sebuah hospital di sini.
Jihan juga sempat meminta maaf kepada pihak yang terlibat terutamanya berkaitan dengan urusan kerja.
"Maaflah kepada pihak terlibat terutamanya untuk urusan kerja, saya tak boleh bagi 100 peratus buat masa ini sebab kena berjaga-jaga sebelum kena jaga," tulisnya.
Bagaimanapun setakat ini belum ada apa-apa yang dikongsi oleh isteri kepada pelakon Ungku Haris ini tentang keadaan dirinya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!