Akaun Twitter palsu bertambah selepas pembayaran diperkenal

Akaun Twitter palsu meningkat walaupun sistem pembayaran yang diperkenal dikatakan mampu mengatasi isu tersebut.
Akaun Twitter palsu meningkat walaupun sistem pembayaran yang diperkenal dikatakan mampu mengatasi isu tersebut.
A
A
A
ANKARA - Akaun Twitter palsu membanjiri seluruh platform media sosial itu walaupun ketua baharunya, Elon Musk mendakwa bahawa sistem pembayaran yang diperkenal mampu mengatasi akaun palsu termasuk bots dan trolls.

Selepas Musk membatalkan dasar pengesahan laman, akaun palsu yang "disahkan" mendapat banyak perhatian, yang sangat mengecewakan syarikat dan personaliti yang mereka tipu, lapor Anadolu Agency.

Kebanjiran akaun penyamar, termasuk profil palsu bekas Presiden AS, George W. Bush dan bintang NBA, LeBron James berlaku berikutan keputusan Musk untuk menawarkan tanda semak biru platform kepada mana-mana pengguna dengan langganan bulanan AS$7.99, di sebalik akaun berkepentingan awam yang disahkan, katanya.

Bayaran yang bakal dilaksanakan telah dilancarkan supaya pengguna boleh mengesahkan akaun dengan tanda semak biru.



Laporan menyebut bahawa sejurus selepas Twitter melancarkan perkhidmatan langganan pada Rabu, akaun tanda biru yang menyamar sebagai Bush menulis tweet "Saya rindu membunuh rakyat Iraq" diiringi emoji muka sedih.

Sebuah akaun yang menyamar sebagai bekas Perdana Menteri UK Tony Blair mengulang hantaran itu sambil menambah: "Tbh (sejujurnya)."
Artikel Berkaitan:


Penipu juga menyamar sebagai tokoh sukan terkemuka, termasuk penyerang Los Angeles Lakers James, dengan profil palsunya mengumumkan pemain itu meminta berpindah ke pasukan lain, menurut Anadolu Agency. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!