PRU15: MB nafi dakwaan penjualan tanah Padang Changi

Kenyataan akhbar Sekretariat Kempen Amirudin Shari Calon Pakatan Harapan Parlimen Gombak pada Jumaat.
Kenyataan akhbar Sekretariat Kempen Amirudin Shari Calon Pakatan Harapan Parlimen Gombak pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan calon BN Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berhubung penjualan tanah Padang Changi di Sungai Tua.

Amirudin berkata, tanah menempatkan padang itu merupakan hak milik individu sejak tahun 1957 lagi.

"Tuduhan fitnah ini adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan di Twitter pada Jumaat.

Amirudin turut berkongsi kenyataan media dikeluarkan Sekretariat Kempen Amirudin Shari Calon Pakatan Harapan Parlimen Gombak.

Kenyataan itu memaklumkan, tohmahan itu merupakan tuduhan kali kedua calon terbabit mengulanginya dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Tuduhan ini adalah satu tindakan menjual maruah dengan menipu, semata-mata ingin meraih undi," jelas kenyataan tersebut.

Ujar kenyataan itu, tanah tersebut didaftarkan atas nama seorang individu bernama Yap Kwai Heng pada 17 Mei 1957 sebelum dipindah milik beberapa kali sehinggalah didaftarkan di atas nama pemilik Uda- Alattas pada 26 Mei 1977 sehingga kini.

"Ini jelas menunjukkan bahawa tiada sebarang penjualan tanah Padang Changi oleh kerajaan negeri Selangor kerana plot tanah ini hak milik individu semenjak tahun 1957," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, calon BN harus kempen secara bermaruah dan tidak semata-mata meraih undi kerana rakyat Gombak mempunyai fakta terkini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!