PRU15: Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos - SPR

Maklum balas SPR terhadap dakwaan perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos di Parlimen Bera. -Foto Bernama
Maklum balas SPR terhadap dakwaan perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos di Parlimen Bera. -Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sebagai maklum balas terhadap dakwaan perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos di Parlimen Bera.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar turut mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan tersebut sebagai fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu.
Artikel Berkaitan:


Ismail berkata dakwaan itu juga mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menghina anggota tentera bukan hanya di Bera, malah di seluruh negara yang selama ini berkhidmat mempertahankan negara serta dihormati masyarakat. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!