PRU15: Khatib saran pengundi kena buat 'homework' dulu

Pengundi disaran buat 'homework' dulu sebelum buat keputusan memilih calon pada PRU15, 19 November ini. - Foto Bernama
Pengundi disaran buat 'homework' dulu sebelum buat keputusan memilih calon pada PRU15, 19 November ini. - Foto Bernama
A
A
A

TOK bersyukur kerana tempat kerja ada kemudahan untuk menunaikan solat Jumaat. Tidak perlu bersusah payah mencari tempat letak kereta. Tak perlu rasa bimbang kalau kasut atau selipar kena rembat.

Kalau datang awal duduk di saf paling depan kalau datang lambat duduk bawah khemah yang ada kipas angin. Air limau ais berwarna biru juga disediakan.

Inilah nikmat dan rezeki yang kadangkala kita lupa untuk bersyukur.

Cuma Tok tertarik dengan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah (WUIF), Ustaz Fazrul Ismail.

Beliau memberikan panduan penting tentang kaedah untuk memilih calon yang kini sedang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Yang pertama, ialah memastikan calon tersebut bersih daripada sebarang unsur rasuah dan penyelewengan.

Kalau diyakini calon ada unsur tersebut maka, dia boleh diletakkan di senarai paling bawah.

Yang kedua, kalau sebelum ini calon tersebut sukar untuk dihubungi dan mendapatkan bantuan juga boleh ditolak oleh pengundi.

Artikel Berkaitan:

Yang ketiga ialah calon mestilah seorang yang bijak dan pandai untuk mencari dana halal bagi membantu rakyat.

Menurut khatib lagi, pengundi kena buat homework dulu sebelum buat keputusan.

Supaya nanti kerajaan yang akan dibentuk dan dapat mandat untuk tempoh 4 atau 5 tahun akan datang adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Memang Tok pujilah apa yang khatib sampaikan kepada jemaah yang masih belum dapat buat keputusan untuk pilih calon atau parti pada 19 November ini.

Tok dengar ramai yang masih belum dapat buat keputusan sebab calon bagi Parlimen kali ini adalah yang paling ramai dalam sejarah pilihan raya.

Semua pun bagus-bagus dengan latar belakang akademik dan manifesto yang ditawarkan juga menarik.

Jadi Tok pun hendak nasihat juga kepada pengundi supaya fikirkan masa depan negara dengan baik.

Sudah banyak perkara yang kita ketinggalan berbanding negara-negara lain.

Sampai bila kita hendak duduk di takuk lama dan tidak ada sebarang perubahan pun pada negara.

Sebab itulah Tok tidak terkejut kalau ada pihak masih berkempen jika undi dengan parti-parti tertentu, kita akan masuk neraka.

Tetapi mujurlah si polan sudah minta maaf atas tutur katanya dalam satu kempen baru-baru ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!