Bantu anak yatim bekas perajurit

JHEV ATM saran anggota tentera, persatuan-persatuan veteran ATM tampil beri bantuan sewajarnya

Antara penghuni Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim bergambar bersama Ketua Pengarah JHEV Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus.
Antara penghuni Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim bergambar bersama Ketua Pengarah JHEV Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus.
A
A
A

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyarankan anggota tentera, persatuan perajurit serta mana-mana pihak untuk menyumbang kepada rumah anak yatim yang dikendalikan pertubuhan itu.

Ketua Pengarah JHEV Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, saranan itu bertujuan untuk mengurangkan beban kos perbelanjaan Pertubuhan Pembangunan Anakanak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim.

Menurutnya, setakat ini rumah itu menjadi perlindungan kepada 33 anak yatim dan miskin sekitar utara berusia antara 10 hingga 18 tahun yang juga merupakan anak kepada veteran tentera.

“Saya merayu agar lebih 121 persatuan veteran tentera dengan keahlian mencecah 260,000 orang di seluruh negara, anggota tentera yang masih berkhidmat dan orang perseorangan untuk memberi bantuan terutama sumbangan kewangan supaya operasi rumah perlindungan ini tidak terjejas.

“Saya sendiri mencadangkan agar setiap masjid yang ada dalam kem tentera mewujudkan tabung khas contohnya pada hari Jumaat agar hasil sumbangan itu akan terus diberi bagi membiayai kos perbelanjaan rumah anak yatim di sini,” katanya.

Zambery Jefry (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penghuni Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim sambil disaksikan Wan Nazir (kanan).
Zambery Jefry (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penghuni Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim sambil disaksikan Wan Nazir (kanan).

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia, Daerah Kulim di Jalan Kilang Lama, di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beliau dalam majlis sama turut menyumbang duit poket kepada penghuni serta barangan keperluan harian hasil sumbangan pelbagai persatuan veteran tentera.

Jelasnya, tugas dan peranan JHEV ATM adalah memastikan nasib serta kebajikan veteran serta ahli keluarga terbela serta diberi bantuan sewajarnya.

Setakat ini, asrama berkenaan merupakan satusatunya rumah anak yatim dan miskin yang menempatkan anak-anak bekas tentera di Malaysia.

Zambery Jefry berkata, pada 25 Februari 2021, JHEV pernah menyalurkan Dana ATM berjumlah RM33,000 bagi kerja-kerja baik pulih dan mengecat asrama tersebut.

No Image Caption

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim, Datuk Wan Nazir Wan Abdul Rahim berkata, kos perbelanjaan yang diperlukan mencecah RM20,000 sebulan.

“Kita menerima dana dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan nilai RM8 seorang bagi kos makan untuk sehari. Kos operasi, perbelanjaan dan penyelenggaraan menggunakan sepenuhnya sumbangan orang ramai,” ujarnya.

Mana-mana individu yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank bernombor 3986 331915 atas nama Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin Bekas Perajurit Malaysia, Daerah Kulim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!