Qatar 2022: Dybala, Messi sandaran Argentina
PENYERANG Argentina, Paulo Dybala yang masih dalam kecederaan terus menjadi sandaran pengendali La Albiceleste, Lionel Scaloni ketika mengumumkan skuad 26 pemain ke Piala Dunia 2022 di Qatar yang menyaksikan Lionel Messi mengetuai jagoan Amerika Selatan itu.
Begitupun Scaloni mengharapkan bintang kelab Serie A, AS Roma itu yang tidak beraksi untuk kelabnya sejak awal Oktober lalu kembali cergas sebelum Argentina menyingkap kempen Kumpulan C menentang Arab Saudi di Stadium Lusail pada 22 November.
Sementara itu, Messi, 35, akan beraksi dalam Piala Dunia kelimanya ditemani rakan veteran Angel Di Maria dan Nicolas Otamendi bersama muka baharu yang membantu Argentina memenangi kejuaraan Copa America tahun lalu.
"Mereka bangga dipanggil dan memakai jersi ini, semoga anda jua begitu sebagai penyokong. Ayuh bersama-sama Argentina," kata Scaloni.
Selain Argentina serta Arab Saudi, Mexico dan Poland turut berada dalam Kumpulan C.
SKUAD PIALA DUNIA QATAR 2022 ARGENTINA
Penjaga gol: Emiliano Martinez (Aston Villa), Franco Armani (River Plate) dan Geronimo Rulli (Villarreal)
Pertahanan: Gonzalo Montiel (Sevilla), Nahuel Molina (Atletico Madrid), German Pezzella (Real Betis), Cristian Romero (Tottenham Hotspur), Nicolas Otamendi (Benfica), Lisandro Martinez (Manchester United), Juan Foyth (Villarreal), Nicolas Tagliafico (Olympique Lyonnais), Marcos Acuna (Sevilla)
Pemain tengah: Leandro Paredes (Juventus), Guido Rodriguez (Real Betis), Enzo Fernandez (Benfica), Rodrigo De Paul (Atletico Madrid), Exequiel Palacios (Bayer Leverkusen), Alejandro Gomez (Sevilla), Alexis Mac Allister (Brighton & Hove Albion )
Penyerang: Paulo Dybala (AS Roma), Lionel Messi (Paris St Germain), Angel Di Maria (Juventus), Nicolas Gonzalez (Fiorentina), Joaquin Correa (Inter Milan), Lautaro Martinez (Inter Milan), Julian Alvarez (Manchester City).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!