PN bantu rakyat depani masa sukar

Pemberian moratorium ketika di bawah pimpinan Muhyiddin melegakan peminjam

A
A
A

Muhyiddin (tiga dari kanan) sentiasa mendengari masalah rakyat dengan menyediakan pelbagai tawaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 untuk meningkatkan kebajikan rakyat.
Muhyiddin (tiga dari kanan) sentiasa mendengari masalah rakyat dengan menyediakan pelbagai tawaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 untuk meningkatkan kebajikan rakyat.

Pandemik disebabkan penularan wabak Covid-19 yang bermula pada Februari 2020 memberikan impak besar kepada ekonomi rakyat di negara ini.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ketidaktentuan yang berlaku ketika negara berdepan detik sukar yang berlarutan dua tahun bukanlah mudah untuk diharungi.

Selain kebimbangan terhadap keselamatan kesihatan masing-masing, persoalan mengenai kelangsungan tahap ekonomi juga sangat membimbangkan memandangkan kekangan yang dihadapi dalam situasi norma baharu.

Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan pada masa itu telah melaksanakan pelbagai program bantuan dari peringkat awal negara mula memasuki fasa pandemik bagi memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan di samping memelihara kebajikan rakyat.

Antara langkah awal diambil kerajaan ketika itu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah melaksanakan pemberian moratorium kepada semua golongan peminjam selama enam bulan pada 1 April 2020.

Inisiatif lain turut dilaksanakan adalah pemberian bantuan tunai secara terus kepada isi rumah melalui program Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di samping memperkenalkan kemudahan perkhidmatan pengeluaran simpanan wang tunai daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, kerajaan turut melaksanakan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula Februari 2021 bagi mengawal kes penularan wabak itu di dalam negara.

Kejayaan program vaksinasi untuk menstabilkan penularan Covid-19 di dalam negara dalam tempoh singkat seterusnya membolehkan kerajaan untuk merancang pemulihan ekonomi dengan lebih baik.

Dalam pada itu, bagi memastikan kelangsungan proses pemulihan negara dapat diteruskan, Perikatan Nasional (PN) menerusi tawarannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencadangkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kebajikan rakyat.

Antara cadangan baharu yang juga dilihat sebagai kesinambungan dan penambahbaikan kepada bantuan rakyat sebelum ini adalah mewujudkan pangkalan data tunggal bagi semua penyampaian bantuan yang dipanggil MyPrihatin dan penyediaan akses perkhidmatan terpilih percuma melalui Kad Prihatin Nasional.

Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi PN berkata, tawaran gabungan itu mengangkat tema ‘Prihatin, Bersih, Stabil’ dengan memberikan tumpuan segera kepada usaha memulihkan ekonomi secara menyeluruh dan mampan.

Reaksi rakyat

NUR AININ
NUR AININ



“Pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 yang dilakukan kerajaan sememangnya berjaya mengawal penularan wabak seterusnya membantu rakyat menjalani proses pemulihan dan kehidupan ketika tempoh pandemik.” - Pencipta kandungan sosial media, Nur Ainin Sofiya Yahya, 25.

“Bantuan kewangan seperti moratorium sedikit sebanyak membantu meringankan beban hutang ditanggung rakyat kerana lebihan pendapatan yang diperoleh itu dapat digunakan bagi memastikan kelangsungan hidup.” - Ejen takaful, Mohd Khairul Izuan, 37.

NOOR SABRINA
NOOR SABRINA



“Kerajaan masa itu berjaya laksanakan program vaksinasi Covid-19 dalam tempoh agak singkat dan membolehkan ekonomi negara kembali rancak. Ini memberi peluang kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing.” - Eksekutif sumber manusia, Noor Sabrina Mursiedy, 25.

“Pendapat saya, langkah memperkenalkan pangkalan data tunggal untuk bantuan ini jika dilaksanakan dengan baik dapat membantu kerajaan menyalurkan bantuan dengan lebih efektif.” - Penganalisis data, Tunku Shahrin Iman Tunku Shaifudin, 25.

RIDHWAN
RIDHWAN



“Kestabilan kerajaan yang dibentuk amat penting dalam memastikan segala perancangan pemulihan ekonomi terutamanya dari segi penciptaan peluang pekerjaan khususnya kepada anak muda dapat diteruskan kesinambungannya.” - Penghantar makanan, Ridhwan Rusydi Azri, 24.

“Pemberian beberapa bantuan dan perkhidmatan kewangan daripada kerajaan dulu seperti moratorium dan BPN sememangnya membantu. Ini cara memberi ruang dan kuasa membeli kepada rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.” - Peniaga, Muhammad Hazriq Mohd Hedir, 31.

MOHD AIMAN
MOHD AIMAN



“Kewujudan pangkalan data tunggal untuk bantuan seperti MyPrihatin ini jika dilaksanakan amat baik dalam membantu kerajaan mengurus dan memastikan kesinambungan dalam bantuan yang disalurkan kepada masyarakat memerlukan.” - Pembangun sistem perisian, Mohd Aiman Syazani Zainalabiden, 25.

“Langkah mewujudkan pangkalan data tunggal seperti MyPrihatin sangat bagus kerana ia membantu dalam mengenal pasti golongan yang betul-betul memerlukan. Ia juga mengelakkan peruntukan disalurkan itu disalahgunakan.” - Pengurus NGO, Muhammad Azim Abdullah Sulaiman, 31.

MOHD KASFI
MOHD KASFI



“Langkah dilakukan kerajaan khususnya dalam aspek kemudahan dan bantuan kewangan ketika itu sememangnya membantu dalam memastikan keluarga di Malaysia terus terjamin.” - Eksekutif, Mohd Kasfi Hamzan, 43.

ADVERTORIAL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!