Nepal lancar operasi bersihkan Gunung Everest

Gunung Everest dipenuhi sisa sampah yang ditinggalkan oleh pendaki tidak bertanggungjawab. - Foto AFP
Gunung Everest dipenuhi sisa sampah yang ditinggalkan oleh pendaki tidak bertanggungjawab. - Foto AFP
A
A
A

KATHMANDU - NEPAL. Kerajaan Nepal bakal melancarkan operasi membersihkan Gunung Everest dengan menghantar pasukan khas bagi mengutip sampah yang terkumpul di puncak tertinggi dunia itu.

Operasi pembersihan tersebut melibatkan kerjasama antara persatuan mendaki, pasukan tentera dan juga organisasi tempatan.

"Kami berbangga dengan Gunung Everest namun sering dituduh tidak mampu menjaga kebersihannya, kini kami bekerjasama untuk melakukannya, " kata Ketua Jabatan Pelancongan Nepal, Dandu Raj.

Satu pasukan terdiri daripada 14 anggota akan dihantar ke kem pangkalan Gunung Everest mulai 25 April dengan misi untuk mengumpul 10,000 kilogram sampah.

Pendaki dan pekerja di gunung terbabit juga akan diberi insentif sekiranya mereka membawa turun sampah berkenaan ke kem pangkalan.

Aktiviti pendakian sejak sekian lama telah mencemarkan laluan ke puncak Everest setinggi 8,848 meter itu dengan sampah seperti kelengkapan pendakian dan juga tin gas kosong.

Pencairan glasier akibat pemanasan global menyebabkan timbunan sampah yang terkumpul itu serta mayat pendaki yang gagal sampai ke puncak gunung terbabit mula kelihatan.

Aktivis alam sekitar juga bimbang pencemaran di Gunung Everest akan menjejaskan sumber air di kawasan sekitarnya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!