Ibu minta maaf jika terkasar...
Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka anaknya, Nur Ainin Sufiah Mohd Adam, 17, hanya keluar ke rumah kawan.
Bagaimanapun hingga kini katanya, anaknya itu langsung tidak pulang ke rumah malah gagal dihubungi hingga kini.
Hasanatul Khalikah berkata, pada hari anaknya itu keluar dari rumah, dia ada menegurnya supaya mengemas rumah dalam nada suara yang agak tinggi.
"Selepas itu saya nampak dia keluar bawa beg tapi taklah terfikir dia nak lari.
"Mungkin agaknya dia merajuk dengan saya," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia beberapa kali cuba menghubungi Ainin termasuk menghantar mesej menerusi WhatsApp tetapi tidak dijawab.
Buntu dan bimbang memikirkan keselamatan Ainin, Hasanatul Kalikah berkata, dia langsung bertanya tentang anaknya itu di dalam kumpulan WhatsApp sekolah.
"Kawan Ainin beritahu anak saya selamat dan kini berada di rumah ibu tirinya di Port Dickson. Paling saya risau apabila dia cakap nak pergi ke Johor.
"Saya nak cari Ainin pun tak tahu alamat rumah ibu tirinya di mana. Saya betul-betul risau kerana dia perempuan dan berada di bawah tanggungjawab saya sebagai ibu kandung sejak ayahnya meninggal dunia Jun lalu," katanya.
Katanya, dia tidak lagi memarahi Ainin dan hanya mahukan anaknya itu pulang dalam keadaan selamat kerana terlalu merinduinya.
"Sebagai seorang ibu, saya menegurnya demi kebaikan. Lagipun dia anak sulung dalam lima beradik dan menjadi harapan saya.
"Saya mohon kepada sesiapa yang ternampak Ainin supaya hubungi 011-20701969 kerana saya terlalu risaukan keadaannya," katanya.
Dalam pada itu, Hasanatul Khalikah berkata, satu laporan juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kelmarin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!